walaupun seminggu lambat, tapi i tetap akan tulis juga pasal holiday i 2 minggu lepas.. i pergi holiday tak jauh. dekat KL je.. seperti holiday i yang lepas, kali ini juga i ikut my dad pergi meeting dekat hotel. i suka company tempat ayah i kerja tu! pandai pilih hotel! :P kali ini duduk dekat Hotel Maya. tengok dari luar memang tak berapa lawa.
-cool gila tengok dari bawah!
-sebelah pintu entrance. macam ada chess tapi bukan chess.
ambil dua bilik. bilik dia lawa. bilik kami anak-anak agak pelik sedikit sebab tandas dia glass. memang boleh nampak dari luar. glass bukan kecik dan translucent, tapi besar(satu dinding) dan transparent.
tak cukup dengan tandas glass wall, pintu tandas juga adalah sliding door yang tidak boleh dikunci. sedikit bahaya bila nak mandi. nanti ada pula orang gatal selak langsir. dah la langsir belah luar. tapi i sempat mandi bath tub selama 30 minit. XD masuk bilik my parents lagi best! besar! tapi tak ada gambar sebab tak sempat ambil time bilik masih dalam condition yang elok. masa check in bilik semua dah terpa katil dulu...
kat hotel tu juga ada sky lounge.. view lawa. nampak KLCC.. time tu terus rasa macam tourist dari China.
Hotel Maya tak ada swimming pool biasa. swimming pool dia hydrotherapy pool. memang best! bau macam kat dalam spa. :D hydrotherapy pool ni ala-ala macam kena massage kat dalam pool. relaxing gila!
Hotel Maya memang dekat sangat dengan KLCC. hanya 8 minit berjalan kaki dari hotel. maka selama 3 hari berada di sana, 3 hari jugalah kami sekeluarga berulang-alik ke KLCC... first day teman my mum shopping... memang lama lah dia shopping...
-kebosanan memang terserlah habis
second day tengok Toy Story 3. best! tapi segala jenis budak ada dalam cinema. this one girl kat belakang i akan cerita apa akan jadi lepas tu kat mak dia. i tak tau lah dah kali ke berapa dia tengok cerita tu.. maka sepanjang movie tu dah tak suspend dah, sebab ada orang tolong kasi spoiler kat belakang.. tak lupa juga kepada ayah budak yang lebih excited tengok cerita tu dari anak dia. lepas tangok movie pergi teman my mum shopping lagi..
malam tu rent movie. first tengok cerita Ah Long Pte. Ltd. buat kali kedua. memang best cerita tu! siapa belum tengok boleh pergi beli sekarang dan tengok. then rent another movie. Bourne Identity. serious i tak paham cerita dia pasal apa. dah la ngantuk gila. kadang-kadang tertidur sekejap, lepas tu terjaga balik sebab bunyi orang tembak-tembak. sampai sekarang i still tak paham movie tu. pukul 1 pagi, masih belum mahu tidur maka rent another movie. Miss Congeniality. memang movie ni dah lama. tapi i baru tengok. haha! kuno gila. lawak gila cerita ni! sakit perut kena tahan gelak tak nak kasi mama dengan baba terjaga kat bilik sebelah. pukul 3 habis semua movie. lepas tu dah tak boleh tidur sebab banyak sangat gelak.
the next day, makan breakfast. breakfast dia sedap lah jugak. but my brother prefers his butter!
-yeah. he eats butter only. without bread.
after breakfast rent Twilight. tak tahan tengok Robert Pattison pakai bedak sejuk dangan gincu. lepas habis movie, pergi KLCC lagi. time tu memang dah muak pergi situ.. petang baru balik. tahap kepenatan yang maximum.. jalan dekat KLCC for more than 6 hours. in high heels.. memang menguji kesabaran. tiga hari berulang-alik ke KLCC.. i tak beli apa-apa pun.. semua benda tidak menarik, dan ramai gila orang. MNG hari tu tengah sale, maka ramai gila orang. nak masuk fitting room kena queue panjang gila. tak kuasa aku..
berakhirlah 3 hari 2 malam di KL. we had a great time. walaupun activity semuanya mostly pergi ke klcc. sebelum i menutup bicara. nah i bagi photo-shoot wafi
-preparing for the photoshoot
-rehearse dulu
-harry potter wannabe to the set
-pose for the camera!
"you do it like this, babeh!"
"It's the power you neeeeeed"
the photoshoot was a success!
"REALLY??!!"